Bendera kebangsaan bukan sekadar sehelai kain yang berwarna-warni. Ia adalah lambang maruah, kemegahan serta identiti rakyatnya.
Bersempena dengan bulan Kemerdekaan ini, penulis ingin kongsikan cara mengibarkan Jalur Gemilang dengan cara yang betul.
Kibarkan bendera kebangsaan dengan betul, jangan salah kibar pula
Bendera saiz biasa:
1. Bagi bendera saiz biasa, Jalur Gemilang hendaklah dikibarkan secara melintang sahaja.
2. Tidak boleh digantung Jalur Gemilang secara terbalik atau menegak.
3. Tidak boleh digantung berbentuk segi tiga dalam kuantiti banyak (flagline).
3. Boleh disambung dalam kedudukan melintang dengan kuantiti banyak (flagline).
4. Tidak boleh disambung dalam kedudukan menegak dengan kuantiti yang banyak (flagline).

Bendera jenis biasa
Bendera jenis gegantung:
1. Bendera jenis kain rentang atau gegantung, ia mestilah bermula dengan jalur merah dan diakhiri dengan jalur berwarna putih.
2. Tidak boleh dikibarkan secara melintang seperti bendera saiz biasa.
3. Harus mempunyai ekor di bawah, berukuran 1/8 daripada panjangnya.

Bendera jenis gegantung (Gambar daripada Jabatan Penerangan Malaysia)
Kenapa tak boleh kibar bendera dengan salah?
Kerana bendera ini adalah lambang maruah, perjuangan serta negara. Kesilapan memasang Jalur Gemilang dengan betul boleh mencemarkan maruah negara, apatah lagi ia berlaku secara dengan kerap.
Kalau salah kibar, boleh jadi tanda protes kepada sesuatu. Kalau betul tersilap, betulkan saja ikut panduan penggunaan Jalur Gemilang yang betul.
Antara undang-undang yang telah digubal untuk melindungi lambang kebangsaan, termasuklah Jalur Gemilang adalah:
- Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948:boleh digunakan terhadap sesiapa yang menghina atau membuat provokasi menggunakan Jalur Gemilang dengan niat mencemar nama baik negara.
- Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949: Mengawal cara bendera kebangsaan dipamerkan agar tidak mencemar imej Malaysia.
Hormatilah bendera kita. Kalau kita sebagai rakyat Malaysia tak julang Jalur Gemilang dengan betul, siapa lagi?