Air, merangkumi 70 peratus daripada bumi kita. Saya dan anda semua pasti rasa ia mencukupi buat seluruh manusia di segenap planet ini.
Akan tetapi, sumber air tawar, iaitu air yang kita gunakan khas untuk mandi, makan dan minum, mengairi tanaman serta memberi makan binatang, adalah sedikit, sekitar 3 peratus.
Ya, 3 peratus daripada keseluruhan air yang terdapat di muka bumi ini, menjadikan air tawar adalah sumber yang terhad. Tambahan lagi, dua pertiga daripada sumber itu tadi tersimpan rapi didalam glasier beku atau bahasa mudahnya, ia tak dapat kita gunakan.
Tanpa kita sedari, lebih kurang 1.1 bilion orang di bumi kurang akses kepada sumber air, manakala sejumlah 2.7 bilion lagi berdepan dengan kekurangan air, sekurang-kurangnya selama sebulan dalam masa setahun. ( Sumber: worldwildlife )
Menjaga kebersihan juga adalah satu kemewahan buat 2.4 bilion manusia, apabila mereka terdedah dengan penyakit bawaan air seperti taun dan penyakit usus serta penyakit yang lain. Lebih malang, 2 juta umat manusia, terutamanya kanak-kanak, maut setiap tahun, disebabkan oleh cirit-birit yang teruk.
Padahal ia dapat ditangani, jika kita dapat membekalkan air yang selamat diminum dan kebersihannya yang terjamin.
Kami di EZ Fidyah, sentiasa menyokong usaha membekalkan air bersih kepada mereka yang kurang bernasib baik, sama ada kurangnya kemudahan atau akses kepada air bersih atau memang tiada langsung air buat mereka menjalani kelangsungan hidup.

Seperti yang anda dapat lihat, ini adalah antara ratusan pam air yang telah dilaksanakan hasil dari penyertaan wakaf pam air anda selama ini.
Di Tboung Khmum Province, Kemboja ini, seperti yang dikongsikan oleh wakil kami di sana, pam air ini masih setia membekalkan air pada para pengguna di sekitarnya, dari 2017 hingga kini, memberi warna kehidupan disebalik kesukaran hidup setiap hari.
Selagi air terus mengalir di bumi Kemboja ini, selagi itulah ia akan memberi ganjaran pahala pada para pewakaf kami di EZ Fidyah.
Kita semua sentiasa berpeluang menjadi antara mereka yang memintal dengan benang pesona warna ceria di wajah-wajah setiap daripada penduduk yang mendapat manfaat daripada program wakaf pam air ini.
Tak mahukah anda mula berwakaf bersama kami? Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Mula berwakaf pam air buat mereka yang kurang bernasib baik, Ramadan ini, disini https://ezfidyah.com.my/wakaf-pam-air/