Siapa yang layak menerima beras fidyah?

Share

Fidyah adalah bayaran yang dikenakan sebagai denda ke atas seseorang yang tidak dapat menggantikan puasa di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehingga tiba bulan Ramadan tahun berikutnya.

Setelah kita mengetahui beberapa golongan yang dikenakan fidyah, jom kita meneliti siapakah pula yang berhak menerima beras fidyah ini.

Berikut adalah golongan orang yang berhak mendapatkan pembayaran fidyah:

1. Fakir

Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta atau pekerjaan atau ada pekerjaan tetapi tidak halal atau ada pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah, untuk keperluan diri atau keperluan diri tanggungannya.

2. Miskin

Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan halal yang hanya boleh menampung 50% untuk keperluan diri atau keperluan diri dan tanggungan tetapi tidak mencapai had kifayah.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui Fatwa Pengurusan Agihan Zakat Selangor tahun 2002, telah menerima definisi yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor untuk takrifan fakir dan miskin.

Sumber: Lembaga Zakat Selangor (LZS)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Semasa

Berita semasa