Tak nak bayar fidyah?

Share

Tak nak bayar fidyah?

“Takut lah tak sempat ganti, tak nak berhutang dengan Allah,” pasti ada yang memahami akan perasaan ini, terutamanya apabila berasa di bulan Syaaban, sebulan sebelum Ramadan.

Kebimbangan ini ada asasnya. Manakan tidak, bila congak, lebih kurang 30 hari lagi untuk menggantikan puasa. Itu belum lagi ditolak dengan “cuti Allah kasi.”

Banyak juga jumlah yang belum ganti. Bukanlah sengaja. Ada yang selepas melahirkan anak, perlu menyusukan bayi pula. Penat jangan cerita, setiap hari itulah rutinnya sampai bercerai susu dengan si anak tadi.

Bagi yang telah berjaya menngantikan ibadah puasa sebelum ini, tahniah diucapkan. Bagi yang masih berjuang, teruslah menggantikan puasa anda. Semoga dipermudahkan urusan.

Apapun cabaran yang dihadapi, janganlah kita sengaja culas, malas dan lalai dalam menunaikan tanggungjawab kita kepada Ilahi ini.

Betul ke kalau tak puasa, kita berhutang dengan Allah? Adakah berdosa jika kita sengaja melewat-lewatkan puasa hingga ke bulan Ramadan seterusnya?

Seperti solat lima waktu, puasa Ramadan adalah wajib dilaksanakan.

Sebab itu jika seseorang muslim tidak berpuasa dan mengabaikan kewajipan itu hingga tiba Ramadan yang berikutnya, perlu membayar fidyah bergantung kepada situasi masing-masing.

Jumhur ulama bersetuju adalah perlu menggantikan puasa sebelum Ramadan seterusnya kecuali pada hari-hari yang diharamkan untuk puasa.

Justeru itu, elakkan penangguhan dan kelalaian melainkan uzur atau sebab-sebab yang perlu. Segeralah gantikan, elakkan timbunan puasa yang akan menjadi beban.

Dah bayar fidyah?

Ingat, sekalipun sudah membayar fidyah, ia tidak bermaksud telah terlepas daripada puasa ganti.

Masih ada masa lagi untuk menggantikan puasa.

Mintalah bantuan orang sekeliling untuk memudahkan urusan kita. Keluarga dan rakan seperti suami contohnya memainkan peranan yang penting dalam memudahkan urusan si isteri.

Selesaikan kewajipan di dunia, agar menjadi pelaburan akhirat kelak.

__________________________________________________

Nak selesaikan fidyah anda tapi tak tahu di mana? Layari https://ezfidyah.com.my/fidyah/ untuk maklumat lanjut atau membuat pembayaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Semasa

Berita semasa