Dah bayar fidyah? Kalau belum dan mungkin tak sempat singgah ke masjid atau ke pejabat agama negeri untuk anda membayar fidyah, kami sarankan anda untuk membayar fidyah online.
Biar kami tunjukkan cara yang mudah untuk anda melangsaikan denda fidyah anda sebelum tibanya bulan Ramadhan.
Apa Itu Fidyah

Fidyah adalah bayaran yang dikenakan sebagai denda ke atas seseorang yang tidak dapat menggantikan puasa di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehingga tiba bulan Ramadan tahun berikutnya.
Hukum Fidyah
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Wajib untuk disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia adalah satu hutang (atau tanggungan) kepada Allah SWT sekiranya tidak disempurnakan.
Sebab-sebab Dikenakan Fidyah:
Dalam bahagian ini kami akan ulaskan sebab-sebab individu dan golongan yang dikenakan fidyah.
1. Uzur
Golongan ini adalah yang menghidap sakit kuat dan tidak harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak dapat mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Golongan ini hanya perlu membayar fidyah tanpa menggantikan puasa.
2. Wanita yang hamil atau yang menyusu
Wanita yang terpaksa berbuka puasa kerana bimbang akan memberikan mudarat kepada bayi yang dikandung atau yang disusukan boleh berbuka puasa. Tetapi wajib qadha puasanya dan bayar fidyah.
Semak hukum lebih jelas di sini
3. Orang yang sudah meninggal dunia
Hutang puasa bagi golongan ini perlulah ditebus semula dengan warisnya membayar fidyah mengikut jumlah hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian harta pusaka dibuat.
4. Orang yang tidak Mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan
Musafir dan pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib menggantikan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari puasa ditinggalkan.
5. Melambatkan ganti puasa
Bagi mereka yang melambatkan ganti puasa hingga masuk bulan ramadan yang berikutnya, perlu membayar fidyah dan wajib juga bagi dia untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan.
Bagi golongan wanita yang haid dan tidak menggantikan puasa tahun sebelumnya, harus qadha dan membayar fidyah.
Anda boleh rujuk pada maklumat di bawah daripada EZ Fidyah untuk gambaran jelas golongan yang perlu membayar fidyah:
SITUASI DIKENAKAN FIDYAH & QADA

Bayaran fidyah pula akan berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan.
Kadar Bayaran Fidyah & Cara Kiraan

Kadar FIDYAH untuk satu hari tidak berpuasa bersamaan dengan ¼ kadar bayaran ZAKAT FITRAH yang telah ditetapkan.
Zakat Fitrah seorang individu bersamaan 1 gantang Baghdad iaitu seberat 2.7 kilogram.
Fidyah 1 hari tidak berpuasa bersamaan 1 cupak iaitu seberat 675 gram digenapkan (700 gram).
Bersamaan RM 4.00 untuk 1 cupak/1 hari (kadar bayaran Bersama EZ Fidyah).
*Kadar bayaran fidyah berbeza mengikut pusat zakat negeri, syarikat atau mana-mana pihak yang menjalankan perkhidmatan pembayaran fidyah.
BAYAR FIDYAH DENGAN WANG (RM)
Bayaran Fidyah di-Qiaskan oleh para ulama’ dengan bayaran Zakat Fitrah, kerana dalam Mazhab As-Syafie’pada asalnya Zakat Fitrah wajib dibayar dengan beras.Namun para ulama’ berpendapat bahawa harus membayar Zakat Fitrah dan juga Fidyah dengan Wang bagi menggantikan beras. Namun, lebih afdhal (utama) dibayar dengan beras kepada fakir miskin.
Contoh kiraan tidak berganda:
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 30 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadan, maka kiraan fidyahnya ialah:

Contoh kiraan berganda:
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 30 hari dan tidak menggantikanpuasanya sehingga 3 kali bulan Ramadan, maka kiraan fidyahnya ialah:

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Januari 2001 iaitu:
“Bahawasanya pembayaran-pembayaran fidyah dan kafarah yang tertangguh adalah tidak digandakan (harus). Ini menurut sebahagian pandangan mazhab Syafie“.
Walaubagaimanapun, sekiranya pihak pembayar ingin membuat pembayaran fidyah secara berganda, maka ianya boleh diterima dan perkara ini adalah sangat digalakkan kerana ia bertepatan dengan pendapat yang terkuat di dalam mazhab As-Syafie.
Untuk perkiraan yang lebih tepat anda boleh gunakan kalkulator Fidyah di sini.
Cara Bayaran Fidyah Online

1. Buat pengiraan fidyah kalkulator Fidyah di sini.
2. Masukkan butiran anda.
3. Buat bayaran menggunakan Online Banking pilihan anda.
Bayaran fidyah haruslah dengan cara memberi makanan asasi kepada fakir & miskin seperti beras, gandum atau apa-apa sahaja jenis makanan ruji yang menjadi makanan kebiasaan pada sesuatu tempat/wilayah/negara.
Hal ini berkait rapat dengan firman Allah SWT:
وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَـهُ فِدْيَـةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ.
Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.
Surah Al-Baqarah: 184
Untuk memudahkan anda, anda boleh bayar kepada wakil yang lebih mengetahui siapakah yang layak untuk menerima fidyah anda.
Bagi anda yang ingin membayar fidyah sekarang, anda boleh berkunjung ke laman web EZ Fidyah.
Ez Fidyah membantu dalam urusan berkaitan fidyah dan menghantar beras fidyah anda kepada golongan yang betul-betul memerlukan.
EZ FIDYAH dimiliki oleh EZ FADAA SDN BHD (1185505-X). Facebook rasmi ialah atas nama EZ FIDYAH. EZ FIDYAH ditubuhkan pada 27 April 2016 bertujuan untuk membantu masyarakat Islam khususnya Malaysia, bagi memudahkan urusan menyelesaikan Fidyah & Kaffarah. Selain itu kami juga menawarkan perkhidmatan Wakaf.
Itu sahaja perkongsian kalini ini berkenaan fidyah online.
[…] 3 Cara Mudah Untuk Bayar Fidyah Online […]