“Zai, waktu berbuka dah dekat, mari berbuka sekali?” panggil ayah sambil mengusap bahuku, menghentikan aku dari lamunan.
Ramadan kali ini, aku sambut berdua. Aku dan ayah.
Di saat semua orang berpusu-pusu ke bazar Ramadan, membeli aneka lauk-pauk dan minuman, aku tak mampu merasa kenikmatan itu.
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Aku rasa cocok sangat peribahasa ni dengan situasi sekarang.
Bukan aku tiada pekerjaan, pendidikan malah wang ringgit.
Tetapi sejak ayahku disahkan menghidap penyakit leukemia, aku tinggalkan statusku sebagai seorang eksekutif di sebuah konglomerat di Kuala Lumpur.
Aku tinggalkan semuanya demi ayahku, itu saja yang tinggal di dunia ini, sejak ibu pergi meninggalkan kami 2 tahun lalu.
Sukar? Tidak juga. Mulanya aku gunakan segala simpanan untuk rawatan ayah dan perbelanjaan harian.
Tapi, kesihatan ayah makin lama makin merosot. Wang juga habis aku gunakan.
Pendapatan aku sekarang, bekerja dengan orang kampung, tidaklah seberapa. Kadang ada kerja, kadang tiada.
Hari ini kami makan sebiji kurma dengan air kosong, yang itu jiran yang bagi. Esok aku tak tahu.
Yang pasti wajah ayah sentiasa ceria, tersenyum memandang aku. Wajah tua, 50-an, penuh kedutan di muka, sedikit parut di pipi kesan ditanduk kerbau dulu tetap manis menatap aku.
Ayah selalunya tak selera makan. Berat badan pun dah susut sejak ayah sakit.
Bila malam, ayah kadangkala sakit dada dan sesak nafas. Ayah tak cerita dengan aku. Tapi aku nampak bila nak ke dapur. Kalau tak memang aku tak tahu langsung.
Kalau boleh memang ayah tak mahu menyusahkan aku.
Selesai solat maghrib bersama, aku pimpin ayah ke bilik, biar dia berehat.
Tengok apa ada di dapur, risau dengan keperluan harian. Tapi, aku tak mampu.
Bermewah dalam bulan puasa bukan untuk aku.
Bila aku sempat ke surau, kadang rasa iri hati datang bila aku lihat orang ramai menyumbang ke tabung sumbangan.
Ada tabung untuk surau, tabung anak yatim, juga tabung untuk orang yang memerlukan.
Tapi aku tak mampu, hanya mampu melihat dari jauh.
Apakah orang miskin macam aku boleh ke syurga?
________________________________________________
Anda dah berwakaf Ramadan ini? Imarahkan Ramadan, ikhlaskan hati bersama EZ Fidyah. Hanya RM20, dah boleh kongsi Rezeki dengan mereka yang memerlukan.
Nak berwakaf sekarang pun boleh di https://ezfidyah.com.my/ dan pilih perkhidmatan untuk maklumat lanjut.