“Apa beza wakaf dengan sedekah? Bukan ke sama saja? Tak faham lah.”
Ini adalah antara kekeliruan yang berlaku apabila ingin melakukan wakaf.
Tak mengapa, kami ada jawapannya, khas daripada laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Maksud wakaf
Wakaf, merujuk kepada kitab Lisan Al-Arab, daripada segi bahasa, bermaksud berhenti, menegah dan menahan.
Pada istilah pula, merujuk pada al Ta’rifat, bermaksud wakaf adalah menahan benda agar tidak dimiliki serta agar manfaatnya boleh disedekahkan. Maka jadilah pemilikan harta tersebut beralih kepada pemilikan Allah SWT.
Firman Allah tentang berwakaf
Ibadah wakaf adalah salah satu bentuk amal jariah yang diberikan ganjaran pahala yang berlipat-ganda oleh Allah SWT. Justeru itu, Allah berfirman di dalam Al-Quran:
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.”
Surah Al-Baqarah : 261
Rasulullah juga telah bersabda mengenai ganjaran berlipat ganda oleh Allah SWT:
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ،
أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”
Riwayat Muslim, Abu Daud
Sedekah jariah yang disebutkan di dalam hadis di atas merujuk kepada wakaf kerana ia memberi manfaat yang berterusan kepada orang ramai, sedangkan sedekah biasa yang lain kebanyakannya hanya terhad manfaatnya kepada individu tertentu yang menerima sedekah sahaja.
Orang yang mewakafkan hartanya akan diganjarkan pahala yang berkekalan dan berpanjangan selama mana harta wakaf itu masih ada dan terus dimanfaatkan atau tidak musnah.
Sebagai contoh, jika seseorang Muslim menyumbangkan RM25 bagi program wakaf Al-Quran, selama mana Al-Quran itu berada dan digunakan oleh orang lain, maka pahala itu mengalir kepada pewakaf.
Jika kita bersedekah pula, contohnya dalam satu situasi, seorang Muslim bersedekah kepada keluarganya RM30 untuk dibuat belanja dapur. Habis saja makanan itu dimakan, maka pahala sedekah itu terhenti disitu.
Oleh itu, di samping melakukan sedekah, marilah rebut peluang berwakaf, tak kira berwakaf Al-Quran, berwakaf dalam permbinaan perigi atau pun wakaf tunai.
Sekian saja perkongsian, moga Allah berikan kefahaman buat kita, agar dapat kita persiapkan diri buat bekalan di akhirat kelak.

Belum daftar wakaf?
Marilah kita sama-sama mensyukuri segala nikmat yang Allah beri dengan berwakaf.
Dari hanya RM25, anda dapat laksanakan wakaf bersama EZ Fidyah, platform jariah anda.
Tekan pautan di bawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
Telefon: 013-200 0784
FB: https://www.facebook.com/ezfidyah
IG: https://www.instagram.com/ezfidyah/
Whatsapp: https://wa.link/h47zpg