Ada tak rasa sakit hati, bila kita lihat semua yang orang lain ada, tak ada pada kita. Walhal, kita tak pernah menghargai apa yang kita ada dan miliki.
Bahagia pada orang lain, racun pula pada kita jadinya.
Kerana kita sering mencari-cari perkara yang kita tak mampu gapai, sekaligus merumitkan kita untuk rasa bahagia. Bahagia itu mudah, kenapa perlu kita susah untuk mendapatkannya?
Berbahagialah dengan apa yang kita ada. Jangan digantung pengharapan pada perkara yang tidak jelas, sukar atau mustahil untuk dicapai. Seperti menanti putih si gagak hitam, makin sukar hati kita nak rasa tenteram.
Bila kita lihat orang lain sedang bergembira dengan sesuatu perkara, sambut juga rasa gembira itu, jadi milik kita. Biar berjangkit dari satu meja pejabat, kepada meja lain dan biar merebak ke satu syarikat rasa gembira itu. Kongsilah dengan masyarakat.
Elak rasa toksik dan dengki menjalar dalam diri. Punah semua, apa pun tak dapat natijahnya.
5 cara mudah bahagia tanpa gaduh, segera:
1. Pengaruh dari luar dan dalam amat penting pada tubuh badan kita ini. Kurang kan gula, lebihkan senyuman yang lebih pekat dan manis berseri.
2. Bila bangun pagi, boleh cuba untuk berlatih teknik senyuman di depan cermin. Agar tak nampak kekok dan yang penting dapat meningkatkan keyakinan diri bila berdepan dengan orang lain. Senyuman juga, selain daripada mudah berjangkit, ia dapat menutup luka sedih dan pergaduhan.
3. Bersyukur dan gembira dengan apa yang kita ada. Bila kita berasa lebih baik dengan diri sendiri, barulah kita tidak berasa negatif sepanjang hari. Ingatlah, sentiasa ada yang lebih sukar hidupnya di luar sana, jadi boleh bantu dengan berwakaf untuk meringankan beban yang kurang berkemampuan. Wakaf segera dengan EZ Fidyah, platform jariah anda.
4. Kurangkan meluah perasaan yang negatif di laman sosial. Mulakan hari dengan perkara positif adalah lebih baik.
5. Jangan di jaja cerita tidak baik orang lain. Sentiasalah membawa kebaikan setiap hari. Beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh. Jangan sombong dan meninggi diri.