Tip puasa untuk para ibu menyusu dan mengandung. Jangan paksa diri!

Share

Anda risau akan diri dan kandungan bila tiba Ramadan nanti? Kami kongsikan dengan anda tip puasa untuk para ibu menyusu dan mengandung.

Bulan Ramadan akan tiba tak lama lagi. Pasti anda teruja dengan kehadiran bulan penuh berkat ini.

Tak kurang juga yang berasa risau dengan kesihatan dan kemampuan diri semasa di bulan Ramadan.

Jika anda ibu menyusu dan mengandung yang mahu berpuasa di bulan Ramadan, cuba tip ini agar kekal sihat dan bertenaga nanti!

1. Susu dan kurma

Ini adalah antara tip puasa yang perlu buat ibu menyusu dan mengandung. Kita tentu maklum akan kurma yang menjadi makanan sunnah Rasulullah SAW, adalah salah satu makanan sihat.

Kurma tinggi dengan zat besi, kaya dengan serat, juga membekalkan tenaga sepanjang hari buat para ibu. Ia juga membantu menghasilkan vitamin K, satu elemen penting dalam susu ibu, yang akan memberi khasiat pada bayi anda.

Susu juga tidak kurang pentingnya. Apabila ibu mengandung, segala zat dan nutrient dari dalam badan si ibu akan pergi dahulu kepada bayi yang dikandungnya, menyebabkan ibu akan kelaparan. Jadi si ibu perlu khasiat seperti kalsium yang lebih untuk menampung keperluan setiap hari. Amalan minum susu setiap pagi dan malam adalah penting buat para ibu menyusu dan mengandung.

Amalkan ketika bersahur dan setelah berbuka puasa. Pasti para ibu lebih kuat untuk hari esok!

2. Amalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat

 Selain dari susu dan kurma, para ibu menyusu dan mengandung juga perlu mengamalkan makanan yang seimbang lagi berkhasiat.

Makanan kekacang seperti badam dan daging dapat memberi protein, serat, kalsium dan folat selain daripada menghasilkan sel darah merah dan menghantar oksigen ke seluruh badan para ibu.

Ia perlu buat ibu menyusu dan mengandung, lebih-lebih lagi untuk kesihatan janin dalam rahim, terutamanya pada trimester pertama.

Ikan salmon dan sardin, selayang atau apa juga panggilan di tempat anda, adalah penting untuk bekalan asid lemak omega-3 dan kalsium pada tulang.

Ibu-ibu juga boleh makan telur, yang akan membekalkan kolin yang penting untuk pertumbuhan saraf dan otak janin anda, selain daripada turut membekalkan protein.

Sayuran berdaun hijau seperti bayam akan memberi anda vitamin A, K, C serta kalium. Ia juga kaya dengan kandungan antioksida dan sebatian tumbuhan yang akan memberi manfaat pada system imun dan penghadaman para ibu menyusu dan mengandung.

Buah beri seperti beri biru kaya dengan khasiat sebagaimana harganya. Beri amat tinggi vitamin C yang membantu anda menyerap zat besi, tambahan pula dengan indeks glisemik rendah, ia rendah gula dan kalori, pasti memberi cukup khasiat untuk para ibu menyusu dan mengandung.

3. Minum air yang mencukupi

Bekalan air yang mencukupi adalah penting untuk ibu yang menyusu dan mengandung. Ia bagi mengelakkan diri dari terhidrasi.

Minum lebih air, terutamanya ketika cuaca panas pada siang hari di bulan puasa nanti.

Tapi kalau sudah tidak mampu berpuasa, jangan dipaksa diri. Mudarat pula nanti.

Ibu berpuasa jangan buat perkara ini:

  • Tidak mengambil minuman berkafein seperti kopi dan teh.
  • Tidak mengambil makan yang pedas dan tinggi dengan rempah.
  • Mengelakkan makanan yang berlemak dan berminyak agar lebih sihat dan aktif.

Jika anda berasa tidak sihat atau tidak mampu untuk meneruskan puasa, segera dapatkan pemeriksaan doktor. Lagipun ada rukhsah untuk para ibu yang menyusu dan mengandung.

Perlukah saya bayar fidyah, ganti puasa saja atau kedua-duanya?

Jika para  ibu mengandung risau akan kesihatan kandungannya, maka dia perlu menggantikan puasa dan membayar fidyah.

Untuk ibu menyusu pula yang risaukan kesihatan anaknya, dia juga perlu menggantikan puasa serta melunaskan hutang fidyahnya.

Untuk lebih lanjut boleh semak di sini.

______________________________________________________________________________

Bagaimana bayar fidyah secara atas talian?

Mudah saja. Jika anda ingin membayar fidyah sekarang atau bertanyakan hal-hal berkaitan fidyah, boleh berkunjung ke laman web ezfidyah atau klik pautan di bawah:

FB: https://www.facebook.com/ezfidyah/

IG: https://www.instagram.com/ezfidyah/

Whatsapp:

Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat buat para ibu menyusu dan mengandung di luar sana. Jangan paksa diri anda jika tidak mampu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Semasa

Berita semasa