Ada apa dengan bulan?

Share

Saban tahun, kita pasti mendengar dan melihat pengumuman mengenai hari pertama Ramadan, hari raya Syawal yang pertama atau Awal Muharam. Ya, itulah dia gunanya kalendar Hijrah.

Kalendar Hijrah atau juga boleh dikatakan sebagai kalendar bulan, lunar atau qamariah, adalah dikira berdasarkan pergerakan atau fasa-fasa bulan mengelilingi matahari.

Ia mengandungi 12 bulan, tak kira 29 atau 30 hari, bergantung pada penampakan fasa bulan baru pada permulaan setiap bulan.

Firman Allah:

“Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.”

QS: Yasin : 39

Fasa-fasa bulan

Antara tanda keagungan dan kekuasaan Allah SWT adalah jika diperhatikan, bulan akan menampakkan dirinya sedikit demi sedikit, dan berkurangan mengikut fasa-fasanya setiap bulan.

1. Bulan Baru

Berlaku apabila bulan berada diantara bumi dan matahari. Bahagian yang menghadapi bumi tidak disinari cahaya matahari, menjadikan ia tidak kelihatan.

2. Bulan Sabit Muda

Beberapa hari selepas bulan baru, sedikit daripada bahagian kanan bulan mula terlihat serta makin meningkat selepas itu.

3. Bulan Separa Pertama

Terjadi apabila separuh daripada bulan disinari mentari. Kelihatan seperti separa bulat.

4. Bulan Hampir Purnama

Selepas fasa bulan separa purnama, beberapa hari selepas itu , lebih daripada separuh permukaan di bulan akan disinari cahaya matahari dan ia akan meningkat untuk hari yang akan mendatang.

5. Purnama

Terjadi apabila bulan berada bertentangan dengan bumi dan mentari. Keseluruhan bulan akan disinari cahaya mentari dan kelihatan bulat dan cerah di angkasa. Mungkin di waktu ini si pungguk dapat melihat bulan selepas sepurnama lamanya.

6. Bulan Selepas Purnama

Beberapa hari selepas purnama mengambang, kawasan yang disinari mentari mula mengurangi sedikit demi sedikit.

7. Bulan Separa Akhir

Keadaan yang sama seperti bulan separa pertama, namun dari arah yang bertentangan.

8. Bulan Sabit Tua

Beberapa hari selepas fasa separa akhir, kawasan disebelah kiri bulan akan kelihatan lebih jelas kerana disinari cahaya mentari. Ia akan berkurang selepas beberapa hari.

P.S: Fidyah dan wakaf sentiasa terbuka sepanjang tahun bila anda pilih untuk melaksanakannya dengan EZ Fidyah. Jangan tunggu bulan purnama pula seperti si pungguk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Semasa

Berita semasa