Tip persediaan Ramadan. Sedia, Mula!

Share

Tip persediaan Ramadan. Sedia, mula!

Jamadilakhir yang sudah berada di penghujung ini, menandakan akan bermula bulan Rejab tidak lama lagi.

Di ambang Ramadan ini, bersediakah kita untuk menghadapi bulan penuh berkat itu nanti?

Pasti kita mula memikirkan persediaan yang akan dilakukan, amalan untuk meningkatkan ganjaran pahala dan semestinya, kita mula berkira-kira untuk menggantikan puasa sebelum Ramadan tiba.

Anas bin Malik R.A berkata: “Rasulullah ﷺ berdoa sebaik sahaja datangnya bulan Rejab.”

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَان

Maksudnya: “Ya Allah berkatilah bagi kami pada bulan Rejab dan Sya’ban serta berkatilah kami juga pada bulan Ramadhan”

HR: Ahmad

Bergembiralah kita apabila datangnya Ramadan, kerana di bulan itu menjanjikan pelbagai tawaran yang lumayan kepada umat Islam.

Apakah persediaan yang boleh kita lakukan, agar bulan yang bakal disambut nanti akan lebih bermakna?

Pasti kita mahu amalan dan kebajikan kita diterima oleh sang Pencipta.

Antaranya:

1. Memperbaiki kualiti ibadat

Persiapkan diri kita untuk beribadat kerana Allah SWT. Kerana apabila sekeping hati tegar beribadah mencari reda Ilahi, pasti ia menuju ke arah kebaikan jua.

Ikhlaskan hati, pasti amalan lebih manis rasanya nanti.

Boleh juga kita cuba memperbaiki kelemahan ketika beribadat misalnya tidak khusyuk ketika solat, kesalahan dalam bacaan dan mula mengamalkan amalan sunat yang belum pernah dilakukan selama ini.

2. Bertaubat

Seorang manusia pastinya tidak terlepas dari kesilapan. Jadikan amalan taubat ini sebagai satu rutin kebiasaan.

Jangan menunggu taubat, hingga benar-benar menyesal dengan kesalahan yang dilakukan.

Jadikan taubat itu sesuatu yang mampu menghalang kita dari mengulangi perbuatan yang sama.

3. Mengawal diri dari perkara negatif

Apabila kita sudah mula bertaubat, lebih elok jika kita juga menghindari perkara-perkara yang negatif dan sia-sia.

Mengawal diri dari menyebar berita yang tidak elok, bermalas-malasan dan riak juga antara perkara yang boleh dielakkan selama-lamanya.

Bila diri kita bermula positif sekarang, sudah pasti bila tiba Ramadan nanti kita akan bertambah baik dan bersedia dengan amalan puasa.

4. Lebih banyak sedekah jariah

Apa itu sedekah jariah? Dari segi istilah, ulama menyebut ia sebagai pemberian semata-mata untuk mendekatkan kepada Allah dan mencari keredhaan Allah SWT.

Firman Allah SWT:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Maksudnya: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

QS: Al-Baqarah: 271

Sedekah jariah juga dikenali sebagai wakaf. Wakaf adalah bersifat kekal, terus boleh digunakan dan memberikan pahala kepada pewakaf walaupun pewakaf telah meninggal dunia.

5. Berpuasa lebih awal

Jika anda mahu lebih bersedia sebelum Ramadan tiba, boleh cuba berpuasa sunat dahulu. Bagi yang belum menggantikan puasa, sebaiknya anda bermula sekarang. Sambil berpuasa, anda dapat ganti puasa yang lepas dan dapat bersedia dengan cabaran puasa yang akan datang nanti.

Ini juga masanya untuk menikmati tubuh badan yang lebih sihat dan cergas, disamping baju raya anda nanti pun muat, tak ketat!

__________________________________________________________________________________

Tak sempat nak bayar fidyah?

Mudah saja. Jika anda ingin membayar fidyah sekarang atau bertanyakan hal-hal berkaitan fidyah, boleh berkunjung ke laman web ezfidyah atau klik pautan di bawah:

FB: https://www.facebook.com/ezfidyah/

IG: https://www.instagram.com/ezfidyah/

Website: https://ezfidyah.com.my/

Whatsapp:

Moga perkongsian ini bermanfaat dalam membantu anda bersedia menuju Ramadan nanti. Selamat beramal!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Semasa

Berita semasa